Friday, April 27, 2012

KEBAHAGIAAN..


Assalamualaikum...

KEBAHAGIAAN..satu perkataan yang terlalu abstrak untuk dihuraikan..kerana, ada manusia akan merasakan bahagia bila dapat apa yang diinginkan mungkin berbentuk harta benda seperti rumah besar, kereta mewah, duit yang banyak dan lain-lain..apa pun terpulanglanh kepada pandangan masing-masing kerana citarasa manusia tak pernah sama..Namun, bagi penulis, kebahagiaan yang penulis inginkan cukuplah dengan keluarga yang bahagia dengan kasih sayang dan keprihatinan suami, gelak ketawa riang dan tangisan manja anak-anak, mungkin kerana penulis merasakan bahawa anak adalah segala-galanya..itulah harta yang penulis ada di dunia dan akhirat.

Tapi, pelik juga bila ada orang yang mencemburui 'kebahagiaan orang lain'..mungkin kerana mereka belum mengecapi erti bahagia berkeluarga, maka kalau boleh nak dicarik-carik kebahagiaan yang mereka cemburui itu..pelbagai cara, tak baik tau buat macam tu..JANGAN BINA KEBAHAGIAAN DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN..malah, BINALAH KEBAHAGIAAN DARI KETULUSAN DAN KEIKHLASAN DIRI SENDIRI..

 Doa dalam usaha untuk menjana keluarga yang bahagia.

Surah AsSyua’ra’ ayat 169
“(Luth berdo’a): Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan”

Surah An-Naml ayat 19
“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana(mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam dolongan hamba-Mu yang soleh”

Kedua-dua doa ini adalah doa Nabi Luth A.S dan Nabi Sulaiman A.S (tatkala baginda melihat semut berkata-kata). Resam dunia, pasti ada yang melihat kebahagian sesuatu keluarga itu dengan inspirasi yang negatif, dan seterusnya menghasilkan sikap cemburu. 

Amalkanlah doa ini, agar segala ancaman syirik dan suntikan syaitan laknatullah dapat dicegah seterusnya mengahsilkan sebuah keluarga yang dilindungi, dan diredhai Allah S.W.T,

Monday, December 12, 2011

SAHABAT...




SAHABAT………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episod kehidupanmu
 
SAHABAT……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
 
SAHABAT…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi susuk yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah
SAHABAT……..
kau pun akan semakin bisa bertahan
kala badai cubaan itu menghentam

Sunday, December 4, 2011

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Zalim adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah Taala. Apabila kita menzalimi seseorang, maka tidak akan ada hijab doanya dengan Allah Taala. Allah an kan mendengar secara terus permohonan doa mereka yang dizalimi tersebut, sama ada dari kalangan Muslim atau tidak, bahkan dari kalangan binatang yang berada di atas muka bumi ini. Terdapat dalam satu hadith bahawa terdapat tiga jenis doa' yang mustajab dan pasti Allah Taala akan memakbulkannya. Doa tersebut adalah doa orang yang sedang berpuasa, doa' orang yang dalm bermusafir dalam kebaikan dan doa' orang yang dizalimi. Yang termasuk dalam kategori orang yang dizalimi adalah apabila mereka difitnah, ditipu, dikhianati, dibohongi, diracun, disihir dan lain-lain lagi termasuklah keluarganya. Sejak zaman-berzaman, terdapat banyak tragedi kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa ke atas rakyatnya. Dalam Al-Qur'an terdapat amat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan tentang pelbagai bentuk kezaliman yang dilakukan oleh anak Adam apabila mereka memperolehi kekuasaan di atas muka bumi ini. Kita sudah maklum betapa zalim dan kejamnya Fir'aun pemerintan Mesir yang memperlakukan penindasan yang sewenang-wenangnya ke atas Bani Israel. Kemuncak kepada kekejaman tersebut adalah apabila Fir'aun mengarahkan kepada tenteranya supaya membunuh semua bayi laki-laki yang baru dilahirkan setelah tukang tenungnya meramalkan akan lahir seorang bayi lelaki yang apabila besar kelak akan meruntuhkan kerajaannya. Di penghujung kezalimannya, Fir'aun mengejar Nabi Musa dan orang-orang yang beriman untuk membunuh kesemuanya sehingga sampai di tepi laut merah. Kesudahannya dengan kuasa Allah Taala yang maha agung nabi Musa dan orang-orang yang beriman terselamat setelah laut merah terbelah dua. Akan tetapi nasib malang menimpa Fir'aun dan tenteranya apabila laut tersebut terncantum kembali ketika mana rombongan nabi Musa telah selamat sampai ke seberang. Kita juga dapat melihat dalam catatan-catatan sejarah betapa banyak kerajaan yang agung dan besar telah runtuh dan tidak dapat bangun sampai bila-bila apabila sang raja melakukan kezaliman ke atas mereka yang tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu. Sejarah keagungan kerajaan Bani Abbasiah yang cukup kuat dan hebat, akhirnya hancur berkecai diamuk serbuan tentera monggol dan tartar yang menbumihanguskan kota Baghdad. Serbuan yang dasyat dan ganas itu diketuai oleh Hulagu Khan, cucu kepada Genghis Khan, maharaja yang menyatukan seluruh Monggolia ketika itu. Dikatakan betapa banyak kezaliman yang amat melampaui batasan telah dilakukan oleh sang khalifah terhadap bukan sahaja ulama' Islam, bahkan ke atasa orang kafir. walaupun bukan beragama Islam, tetapi kerana mereka dizalimi, maka Allah ternyata mendengar jua rintihan hatinya. Sesungguhnya Allah maha mendengar, maha berkuasa lagi maha perkasa. Kekejaman yang dilakukan oleh khalifah Abbasiah bukan sahaja ditimpakan kepada orang-biasa sahaja, sebaliknya golongan ailm ulama' juga tidak terkecuali. Betapa banyaknya orang alim yang dipenjarakan oleh sang khalifah apabila mengingkari arahan khalifah. Dikatakan khalifah telah memaksa ramai orang-orang alim supaya mengeluarkan fatwa yang menyalahi hukum syara' yang sebenar. Mana-mana orang alim yang mengengkarinya akan dihukum. Diriwayatkan bahawa Imam Malik juga pernah disakiti dan dizalimi oleh sang khalifah. Begitu juga dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hambal. Sesungguhnya perbuatan zalim bukan hanya setakat ke atas manusia sahaja. Perbuatan zalim juga meliputi kepada semua benda yang berada di dunia ini. Terdapat satu kisah bahawa seseorang telah bertindak membuang air kencing di atas tanah yang terdapat lubang di atasnya, sedangkan pada masa yang sam mengetahui bahawa di dalam lubang tersebut terdapat haiwan yang hidup. haiwan itu menjadikan lubang itu sebagai tempat tinggalnya dan berlindung dari bahaya dan panas matahari. Dia begitu bersyukur betapa Allah telah menyediakan tempat yang selamat bagi dirinya, yang cukup untuk dirinya sebagai seekor binatang dan mampu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Apabila datang seorang manusia yang dengan sikap sombong dan bongkak dengan sewenang-wenangnya kencing di atas lubang tersebut, maka haiwan yang terdapat dalam lubang merasa amat terhina dan dizalimi. Lantas dia berdoa kepada Allah Taala agar memberikan hukuman yang sewajarnya kepada manusia yang sombong tersebut. Maka Alla Taala yang bersifat maha mendengar telah mendengar rintihan makhluknya dianiaya dan tidak mampu berbuat apa-apa telah memakbulkan doa' tersebut dan telah memberikan pengajaran kepada manusia tersebut. Terkadang apabila seseorang itu ditimpa musibah atau penyakit yang pelik dan tidak dapat diubati dengan kaedah perubatan moden, maka dia akan beralih kepada perubatan tradisional. Terdapat setengah pengamal perubatan tradisional akan menyoal tentang latar belakangnya, cara hidupnya, kekayaan yang diperolehinya dan bermacam-macam lagi. Ini kerana bomoh tersebut mahu mempastikan dahulu apakah punca sebenar ditimpa penyakit tersebut. Ini kerana terdapat kes di mana penyakitnya adalah disebabkan oleh buatan orang yang menggunakan sihir dan makhluk halus. Akan tetapi ada juga banyak kes kerana ditimpa doa pihak yang dizalimi. Kadang-kala seseorang itu mahu naik pangkat lebih cepat, maka dia mengambil jalan mudah dengan menjatuhkan orang lain yang lebih sepatutnya naik pangkat lebih dahulu daripadanya. Dalam perniagaan pula, banyak kejadian menipu pihak lain dengan tujuan untuk membolot kekayaan tersebut. Ini adalah kezaliman yang tidak sepatutnya dilakukan. mereka melakukan hanya untuk mendapatkan sedikit habuan dunia. Apabila bomoh tersebut mendapati bahawa penyakit yang menimpa pesakitnyakemungkinn disebabkan ditimpa oleh doa' orang yang dizalimi, maka dia akan meminta agar pesakit tersebut bertaubat terlebih dahulu. Taubat tersebut adalah taubat nasuha, iaitu sebenar-benar taubat dengan penuh perasaan menyesal di atas dosa yang dilakukannya dan berjanji tidak akan melakukannya sampai bila-bila. Perkara yang paling penting adalah mesti berjumpa dengan orang yang dizalimi dahulu dan meminta maaf di atas perbuatannya dahulu. Dia mestilah menahan malu dan memohon kemaafan dengan penuh ikhlas. Kebiasaannya bomoh itu juga akan meminta si pesakit agar memberikan makan kepada penghuni rumah anak yatim atau pun di sekolah tahfiz dengan tujuan untuk membuang perasaan tamakkan harta dunia. Sesuatu yang aneh biasanya apabila semua itu dibuat, maka upacara pengubatan akan dilakukan dan dengan mudah sahaja akan hilang penyakitnya. Kadang-kala upacara pengubatan tersebut tidak perlu dilakukan disebabkan penyakit itu semakin kurang sedikit demi sedikit dan sembuh dengan sendiri. Selalunya apabila sembuh dari penyakit aneh tersebut, maka si pesakit akan mengadakan kenduri kesyukuran dan akan terus mengeratkan hubungan silaturrahim dengan semua orang. Dia juga bertekat tidak akan lagi melakukan kezaliman sesama manusia. Sebenarnya mahu melakukan perkuatan yang seadil-adilnya amat susah. walaupun kita berusaha untuk berlaku adil kepada semua orang, akan ada walau pun sedikit pihak yang merasa masih kurang adil. Perbuatan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil ini telah cuba dilakukan oleh Rasulullah SAW, para Khulafa' Rasyidin, pemimpin-pemimpin negara Islam dan pembesar-pembesar di setiap zaman. Akan tetapi natijahnya tetap serupa, iaitu pasti akan akan suara yang mengatakan masih lagi tidak berlaku adil. Cuma bilangan yang memperkatakan tentang itu sama ada sedikit atau banyak. Sebab itulah kita perlulah menyakini bahawa yang paling adil di antara yang adil adalah Allah Taala. Dia akan memberikan pembalasan yang seadil-adilnya apabila apabila tiba hari pembalasan kelak.

Saturday, December 3, 2011

PETUA RUMAHTANGGA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan tiba lagi..

Ada sekuntum hari
Dimana wanginya mengharumi bumi sepanjang waktu
Kerana saat itulah sifat pemurahnya sang Khaliq berlimpah
Menyatu pada segala inti hidup
Ia adalah Ramadhan..

Ia bertelaga bening
Airnya mutiara maghfirah
Gemanyazikir dan tadarus
Tepiannya doa lemah lembut dan berpasrah hati
Mari berenang dengan kesunyian nafsu
Agar setiap sirip kita tak patah sia-sia..


  Bukan sekadar lapar dahaga
Tapi sesungguhnya itulah hakikat cinta
Dan salah satu cara bertegur sapa dengan Allah
Kerana dengan lapar dan dahaga
Kita lebih menyadari bahwa kita tak punya apa-apa
  Malah kita akan lebih memahami
Bahawa kita tak lebih dari sebutir debu..

Di cakerawala bertebar pengampunan dan rahmat
Serta segala kebaikan
Juga nuzulul qur’an dan lailatur-qadr..
Semoga puisi ramadhan ini bermanfaat, dan menjelang bulan yang penuh berkah, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat muslim di seluruh penjuru dunia  ini kita akan mendapatkan hikmah sebanyak-banyaknya