Friday, April 8, 2011

KISAH ISTERI/ IBU 'TERPAKSA' BERKORBAN' HANYA UNTUK KEBAHAGIAAN SUAMI DAN ANAK..

Perkahwinan yang bahagia disertai kasih sayang dan tanggungjawab kepada keluarga yang dibina bersama. Anak sebagai pengikat kasih sayang yang sangat hebat kerana perceraian mungkin tidak berlaku disebabkan anak.

Bagi Marina Mustafa (bukan nama sebenar), hidupnya ibarat lilin, membakar diri untuk kesenangan orang lain terutama suami, Bakaruddin (bukan nama sebenar) yang sentiasa bercitacita besar menambah bilangan isteri.


Kesengsaraan Marina, 39, bermula apabila Bakaruddin, 43, bertemu dengan Atirah (juga bukan nama sebenar) yang datang berurus niaga ke gudang menjual peralatan membina rumah dimiliki Marina dan suaminya.


"Atirah membeli cat untuk mengecat rumah bujang mereka. Suami saya menghantar pesanan cat yang tidaklah banyak tapi kebetulan pada hari berkenaan, tiada pembantu di kedai menyebabkan dia sendiri menghantarnya.


"Daripada menghantar cat, dia menawarkan diri untuk menolong mengecat pada hujung minggu dengan membawa anak ketika rakan serumah Atirah ada. Perhubungan sebagai tauke kedai `hardware' dengan pelanggan menjadi lebih daripada itu dan setahun selepas itu saya mendapat tahu mereka sudah berkahwin," katanya kepada penulis yang menghubunginya melalui telefon.


Marina, ibu kepada enam cahaya mata sudah beberapa tahun menghadapi perkahwinan berantakan gara-gara Bakaruddin yang pandai memikat perempuan. Berbekal wajah kacak kacukan Cina dan Melayu, wanita mudah jatuh cinta dengan Bakaruddin.


"Saya tidak menghalang dia berkahwin kerana itu termaktub dalam hukum, tapi tanyalah wanita mana sekalipun, bermadu adalah perkara terakhir dalam hidup yang mungkin mereka lakukan. Begitu juga dengan saya walaupun susah payah menjaga anak.


"Dia melayan saya dengan baik dari segi zahir, tetapi saya tetap tidak mahu berkongsi kerana banyak perkara berbangkit mengganggu-gugat hidup saya dan anak," katanya dengan nada sayu.


Bercerita lanjut, Marina sudah beberapa kali bercadang meminta fasakh kerana tidak mahu menderita dengan sikap Bakaruddin, pandai menanam tebu di bibir. Setiap kali hendak mengemukakan permohonan, ketika itulah Bakaruddin bersikap baik dan beralah.


Bagaimanapun, kejadian terkini melanda rumah tangga Bakaruddin dan Atirah mengejutkan Marina. Beliau menyangka kedua-duanya bahagia melayari bahtera kasih sayang sebaliknya Atirah didapati memohon fasakh juga atas alasan Bakaruddin melakukan penipuan ketika mengahwininya.


"Saya yang bercita-cita meminta dilepaskan daripada Bakaruddin, dia pula yang memintas saya atas alasan Bakaruddin menipu untuk tujuan mengahwininya. Apa yang tidak sedap didengar adalah Atirah mengatakan saya bersubahat dengan Bakaruddin untuk menipunya sedangkan saya juga ditipu Bakaruddin hidup-hidup dalam hal poligami," katanya.


Pertengahan Ogos ini, Marina diminta menjadi saksi kepada Bakaruddin dalam usaha melepaskan dirinya daripada tuduhan menipu Atirah. Hatinya berbelah bagi untuk menjadi saksi kerana beliau seolah-olah melepaskan anjing yang tersepit sekiranya berpihak kepada Bakaruddin.


"Saya masih ada masa memikirkan semasak-masaknya untuk membuat keputusan tepat, mungkin sudah tiba masanya, saya mengatur langkah baru dalam hidup. Mungkin tidak ada luka atau lebam pada tubuh badan saya, tetapi hati di dalam remuk redam siapa yang tahu.


"Sebetulnya saya sudah membina tekad, tetapi rayuan ayah sendiri supaya saya memikirkan kepentingan anak tidak boleh saya ikuti lagi. Mungkin pada hari saya sepatutnya menjadi saksi untuk Bakaruddin adalah hari penentuan juga untuk hidup saya," katanya penuh ketegasan.


Marina didera secara mental tanpa disedari. Pernah juga beliau murung berminggu-minggu kerana memikirkan sikap Bakaruddin yang tidak difahami itu.


"Saya tidak akan membiarkan lagi diri dijadikan tempat mengadu Bakaruddin. Selepas ini dia boleh mengadu kepada sesiapa saja yang dia mahu. Saya ingin dapatkan hak saya untuk hidup dalam keadaan aman dan tenteram tanpa ada tekanan mental mahupun fizikal.


"Saya akan terus maju dan bukannya memikirkan kepentingan orang lain lagi. Saya perlu dahulukan kebajikan saya dan anak, bukan suami atau ayah. Bunyinya mungkin seperti menderhaka kepada suami atau mengenepikan ayah, hakikatnya saya tiada pilihan. Saya perlu hidup untuk anak-anak seramai enam orang ini," katanya tanpa ada nada kesal lagi.

Saturday, April 2, 2011

What is the difference between a LAN, a MAN, and a WAN, and what is a LAN connection?

A LAN (local area network) is a group of computers and network devices connected together, usually within the same building. By definition, the connections must be high speed and relatively inexpensive (e.g., token ring or Ethernet). Most Indiana University Bloomington departments are on LANs. For more information on LANs, see What is a LAN (local area network)?
A MAN (metropolitan area network) is a larger network that usually spans several buildings in the same city or town. The IUB network is an example of a MAN.
A WAN (wide area network), in comparison to a MAN, is not restricted to a geographical location, although it might be confined within the bounds of a state or country. A WAN connects several LANs, and may be limited to an enterprise (a corporation or an organization) or accessible to the public. The technology is high speed and relatively expensive. The Internet is an example of a worldwide public WAN.
A LAN connection is a high-speed connection to a LAN. On the IUB campus, most connections are either Ethernet (10Mbps) or Fast Ethernet (100Mbps), and a few locations have Gigabit Ethernet (1000Mbps) connections.

https://kb.iu.edu/data/agki.html

ANAK UJIAN ALLAH

Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.
Menurut Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.
Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.
Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil.
Ustaz Wan Akashah berkata juga ada menyatakan bahawa kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.
Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.
Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.
“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.
Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:
1) Bersikap adil dalam semua perkara.
2) Konsisten dalam tindakan menangani masalah.
3) Jalin hubungan baik dengan anak.
4) Jadikan diri sendiri sebagai contoh.
5) Berlembut walaupun tegas.
6) Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.
7) Tunjukkan penghargaan pada anak.
8) Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.
9) Sesuaikan tindakan dengan watak.
10) Kurangkan pengaruh negatif.
11) Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.
12) Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.
13) Adakan usrah keluarga.
14) Jangan mengungkit kelemahannya.
15) Dapatkan kerjasama keluarga.
Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.
Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”
Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.
“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.
Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.
Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan